Sunday, November 17, 2013

#Throwback 1st year UM


Entah kenapa aku rasa malam ni macam nak sweet-sweet je. Bukan nak sweet dengan boyfriend lah! Nak ingat benda lama yang sangat fun dibuat. Bila godek-godek folder dalam laptop ni, terjumpa pulak gambar comot masa first year kat universiti ni. NOOB sangat aku habaq kat hang. Entah hape-hape je lah yang dibuatnya. Masa 1st year tu jugak aku still stay kat hostel, jadi malam-malam bila aku boring aku pergi kat dewan kat mana ramai budak-budak ni buat bermacam aktiviti. Ada yang study, ada yang memekak and ada yang menari. Tu... tengok tu abang-abang menari. ahaks!

Masa ni aku pakai telefon cikai je. jangan la kutuk gambar ni hudoh sangat.
suka tengok mereka ni sambil berlagak rajin buat assignment. Macam-macam hado.

Hmmm... lepas tu, tak berapa lama tibalah masa bergraduasi. Bukan aku lah, tapi senior. Aku ni bukan main semangat lagi pergi tengok benda tu. Dekat UM benda tu di panggil FESKUM. Panas terik pun bukan aku kisah, pergi jugak sebab excited punya pasal. Lagi pun kawan aku ada family dia yang nak graduate. Dengan tak malu aku masuk gambar diorang skali. Ahah! jangan kutuk... aku excited ni. Malu lah pulak nak tunjuk wajah comot itu.Jadi aku tunjuk suasana je lah ye.
Ni dah lengang sikit ni. Masa senior-senior tu baru keluar dewan memang sesak sangat.
Boleh pengsan kau, dengan family masing-masing nak sambut anak diorang.
Okeyh...kita tengok lagi ape yang hado. Masa 1st year jugak korang baru kenal kawan-kawan baru. Kelas full je sebab junior memang semangat pergi kelas. Best la jugak, kenal course-mate yang bermacam ragam. Hado jugak yang nerd weyh. Satu lagi ada sorang budak ni masa dia 2nd year baru aku macam kenal la dia. Tak nampak pulak masa dia 1st year. Ingat budak baru, jadi memang masa tu budak-budak ni tak berpisah lagi, major pun tak pilih. Jadi tersangat lah ramai ketika itu. Tapi kan, sekarang aku rasa macam kosong kosong kosong... hahaha bukan apa, kelas dah lain-lain kan, subjek yang ambik pun sikit. Aku dah final year sebenarnya. Wuwuwu...Sedih wooo... 

Eh...cek kak ni malu kita ambik gambar dia.
 Dia ni dah jadi my roomate for 2 years.
Masa 1st year jugak aku ni baru nak kenal jalan kat kay-el ni hah.Maklumlah bukan orang sini. Jadi banyak tempat yang nak dituju ye. NOOB giler... Setiap minggu keluar outing dengan kawan-kawan. Duit pun keluar macam air la weh...

Baru balik outing la ni. Lambat aku balik, bukan ape weh. Sesat jalan dengan budak noob semuanya.
Kalau ma aku tahu ni mau membebel sampai berdarah telinga.
Yay! kami kenal i-city. Puahaha... masa ni tempat ada salji tu pun tak ada lagi tau.
Masuk i-city ni pun free je. Sekarang semua berduit!!! Dah la mahal. Aku pergi tempat free je tau.
Kalau murah pun okay. Maklum lah student, bajet tak cukup. 

Okay... Sebenarnya aku rindu sangat masa dulu-dulu ni. Uwaaa... aku dah nak habis belajar. Sedih lagi. Apa yang aku tahu life lepas belajar lagi mencabar kan. Dah tak boleh nak buat otak gile-gile macam dulu. Boleh je kalau kau nak buat. Tapi... tak de sape nak layan kau lah! hahaha... Alam pekerjaan tu ada macam-macam peringkat umur, so pemikiran pun lain-lain. Dalam sejarah penulisan aku ni letak gambar banyak-banyak. Semua salah housemate aku lah ni, Tido awal pulak mereka time hujan gini. Tengok, kan dah jadi jiwang aku. Really miss these moments a lot. Bila graduate nanti jangan lupakan aku lah ye korang.

May Allah always bless our journey as the Caliphs in this world.