Friday, August 17, 2012

IFTAR with gadis Comey Lotey...

Assalamualaikum...

hai geng... pada jam dan waktu ini aku bernasib baik sebab line internet kat rumah tok nenek aku ini ingin berjalan laju sedikit. tapi tak sampai separuh dah semput. jaga kau! nanti aku guna server lain.

okay..sebelum bulan pose ni meninggalkan kita, aku nak update sikit pasal aku pegi berbuka pose dengan kawan-kawan skolah aku dulu. masa kejadiannya jumaat dan sabtu lepas, tapi aku baru ada masa nak menconteng. Ingat tak entry aku pasal geng yang suka wat hal kat skolah dulu? hmmm... dah besar gedabak dah semuanya, tapi ada jugak yang ketinggiannya dok bertenggek kat takuk lama.

kawan aku si mek yam dan mirah telah menyediakan tempat penginapan bertaraf lima bintang yang merupakan rumah sewa a.k.a hostel yang dibayar setiap sem. huhuhu... mereka mengumpulkan semua rakan-rakan dirumah tersebut sampai ada yang kena tidor atas lantai kerana taraf bintangnya terlalu tinggi.

jadi gadis-gadis ini yang telah lama tidak ketemu telah berbual, berceloteh dan bergosip sehingga tidak bangun sahur. heh! padan muka sebab over excited berbual. ko ingat macam hostel dulu-dulu ke? jadi, pada hari pertama mek yam telah memasak untuk kami. Terima kasih daun keladi mek yam, lain kali masak lagi ayam. then second day tu kami beriftar pulak di food vilage bersama kawan-kawan yang lain. nak citer banyak-banyak pun tak habis. jadi kita tengok gambar lorh~


juadah masakan kengkawan. bersederhana je.

iftar di food village

lauk pauk yang perlu di grill

pilih banyak mana lauk yang anda mahu!!!

lepas habis makan, melepak kat lapangan terbang sambil tengok flight turun

posing for the sweet memories~

sebenarnya kami dok tengok flight turun sambil nak hadamkan makanan tadi. Rules kat food village tu, korang boleh ambik banyak mana makanan yang korang nak dengan harga yang telah ditetapkan. TAPI! korang perlu habiskan semua lauk pauk yang dah diambil tu, kalau tak korang kena tambah bayaran untuk makanan yang tak habis tu. tak boleh bayar, sila basuh pinggan. hahaha!!! bagus la... elakkan dari membazir~~Nak termuntah kami ni nak habiskan semua lauk tu sebab rambang mata ambik lauk banyak. hehehe...jadi next time tak boleh tamak okay!

1 comment: