Friday, August 17, 2012

IFTAR with gadis Comey Lotey...

Assalamualaikum...

hai geng... pada jam dan waktu ini aku bernasib baik sebab line internet kat rumah tok nenek aku ini ingin berjalan laju sedikit. tapi tak sampai separuh dah semput. jaga kau! nanti aku guna server lain.

okay..sebelum bulan pose ni meninggalkan kita, aku nak update sikit pasal aku pegi berbuka pose dengan kawan-kawan skolah aku dulu. masa kejadiannya jumaat dan sabtu lepas, tapi aku baru ada masa nak menconteng. Ingat tak entry aku pasal geng yang suka wat hal kat skolah dulu? hmmm... dah besar gedabak dah semuanya, tapi ada jugak yang ketinggiannya dok bertenggek kat takuk lama.

kawan aku si mek yam dan mirah telah menyediakan tempat penginapan bertaraf lima bintang yang merupakan rumah sewa a.k.a hostel yang dibayar setiap sem. huhuhu... mereka mengumpulkan semua rakan-rakan dirumah tersebut sampai ada yang kena tidor atas lantai kerana taraf bintangnya terlalu tinggi.

jadi gadis-gadis ini yang telah lama tidak ketemu telah berbual, berceloteh dan bergosip sehingga tidak bangun sahur. heh! padan muka sebab over excited berbual. ko ingat macam hostel dulu-dulu ke? jadi, pada hari pertama mek yam telah memasak untuk kami. Terima kasih daun keladi mek yam, lain kali masak lagi ayam. then second day tu kami beriftar pulak di food vilage bersama kawan-kawan yang lain. nak citer banyak-banyak pun tak habis. jadi kita tengok gambar lorh~


juadah masakan kengkawan. bersederhana je.

iftar di food village

lauk pauk yang perlu di grill

pilih banyak mana lauk yang anda mahu!!!

lepas habis makan, melepak kat lapangan terbang sambil tengok flight turun

posing for the sweet memories~

sebenarnya kami dok tengok flight turun sambil nak hadamkan makanan tadi. Rules kat food village tu, korang boleh ambik banyak mana makanan yang korang nak dengan harga yang telah ditetapkan. TAPI! korang perlu habiskan semua lauk pauk yang dah diambil tu, kalau tak korang kena tambah bayaran untuk makanan yang tak habis tu. tak boleh bayar, sila basuh pinggan. hahaha!!! bagus la... elakkan dari membazir~~Nak termuntah kami ni nak habiskan semua lauk tu sebab rambang mata ambik lauk banyak. hehehe...jadi next time tak boleh tamak okay!

Monday, August 6, 2012

Giveaway by Vivacious Epicene

tekan sini kalau nak join
slogan:

Wangian menjadikan diriku bertambah yakin dan memberikan keselesaan untuk melakukan aktiviti harian. Wangian juga menjadi salah satu ciri-ciri yang menunjukkan peribadi pengguna samaada agresif ataupun lembut. Selain itu wangian dapat menstabilkan hormon pengguna dan dapat membantu pengguna menjadi lebih tenang dalam menghadapi situasi-situasi tertentu. Dengan wangian yang lembut, senyuman akan bertambah menawan dan memikat.

tags:


Thursday, August 2, 2012

Zaman sekolah bertingkat-tingkat &Kad raya

Assalamualaikum...

Masa aku menyepahkan bilik aku tadi
aku terjumpa kad raya lama yang kawan-kawan aku bagi dulu
jadi aku nak bercerita kisah kad raya zaman  muda mudi aku dulu
Uh..tak lama…zaman aku skolah bertingkat-tingkat la aku nak citer ni
Citer aku ni bleh wat hikayat pun boleh
Okay chill ~

 masa zaman aku skolah bertingkat-tingkat tu,
Aku ada geng yang memang lepak giler…
Sempoi seh… wat jenayah je bebudak tu..
Bukan jenayah berat pun…
Setakat langgar peraturan sikit-sikit je..
Paling berat kena panggil dengan warden hostel je..
Budak luar bukan tau perangai budak-budak hostel ni
Punyer la perahsia warden ni. So, time sekolah rekod kita orang bersih
Masuk hostel… jadi budak jenayah . Sadis r~
Kau tau ape yang geng2 aku buat???

  • Potong barisan time ambik makanan dekat dewan makan .Cian junior…muka macam tahan sembelit je sbb senior yang suka potong barisan Alah…kita orang masa jadi junior pun macam tu…chill r~
  • Escape dari solat berjemaah. And off course kena tuduh xsolat skali. Amboi…yang tukang report tu…kau nak join skali kerr?? mana tau kami xsolat?  Sbb mulut laser kau la kami slalu escape. Panas tengok kau la
  • Panjat pagar kompleks sebab nak shortcut kan jalan untuk jogging. Bukan main ketua aspuri marah kan kita orang.kahkahkah!!! Aku tau kau tak dapat nak panjat kan, sebab badan kau kan??? Eee….
  • Bising time prep. Dah buhsan yang amat…tak kan ler nak diam je. Dah nama study ramai-ramai. So kita buat group discussion ler. Ade jer gediks-gediks yang suka kantoikan kita orang ni. poyo je...
  • Hah! Apa lagi?hmmm bagun lambat pergi skolah… nak pergi awal buat apa?
    Skema giler! kumpul satu hostel ramai-ramai then baru pegi skolah sama-sama.
    Eeee…kalau semua awal, sape yang jadi tukang lewatnya?  "hero tak gaduh boh!" lepak r~

Arrr…sudah..dah lari lintang pukang dah dari cerita asal..

Okay…kita kembali ke jalan yang benarrrr…
Walaupun budak-budak tu nampak macam hati batu,
muka tak de perasaan, Tapi jiwa blues tue…
Masa aku skolah bertingkat-tingkat dulu, slalu kena  puasa kat skolah
Aishhh…meroyan aku sahur dengan lauk sejuk… biskut kering lagi sedap taauuu~
Lepas tu, dekat-dekat nak raya skolah baru nak cuti .
Budak-budak pun apa lagi…mula r packing nak balik rumah,
Lepas tu g bilik kengkawan nak mintak maaf…
Time diaorang tinggalkan beg tu lah ada je
budak-budak tu selit-selit kad raya dalam beg…
Yang baik hati pulak bagi duit raya skali…
Amboi..nak tunjuk kaya lah tu… ko ingat ko tu dah kerja nak bagi duit raya sgala.
Skolah pun tak habis lagi...Skema je bagi duit raya kat kawan-kawan. 
ucapan ikhlas pun dah baik punya la~
Tapi walaupun aku dah habis skolah bertingkat-tingkat,
 and now dah kena blajar tahap darjah pun.
Aku still simpan kad yang korang bagi tau. Sape kata aku tak de perasaan hah?
uishhh, jangan tak tauuu, sentimental dan bermental-mental aku nih.
Benda orang bagi…kita kena appreciate kaannn~
See…the prove!




















p/s: aku rindu giler kat korang semua. hope our friendship never end...