Thursday, May 24, 2012

nikmat stress

Assalamualaikum...

dengan tahi mata bertempek-tempek beria nk update post ye.
bukan apa... esok aku nak balik rumah lah. so apa kaitan dengan stress.
wahai budiman sekalian...
sebelum balik, perlulah adinda menyiapkan tugasan yang deberi
oleh pensyarah-pensyarah semua. hari ini ada ujian jadi stress dibuatnya.



dengan berbekalkan semangat nak balik, dan tekanan yang melampau...
cewahhh...over pulak... jadi siap lah tugasan tersebut,
hati ini gembira tidak terkira, jantung berdegup kencang sambil perut berkeroncong...
lapar lah..apa lgi... lepas bangun tido aku sembahyang subuh, then mengadap laptop ni lah.
bukan main susah aku perah otak ini, nasib baik lah ada ciput-ciput je idea yang keluar.
bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

nikmat stress ini tidak terkira. kerana apabila kamu stress,
segala urat saraf dan otak kamu akan melakukan kerja dengan lebih cepat dan fokus...
nah... hasilnya...dapat lah aku menyiapkan assignment dalam satu malam sahaja.
walaupun waktu yang sebenarnya adalah 2 minggu.
jadi jangan benci apabila stress datang.
teringat daku kata-kata ustazah dulu.
segala apa yang berlaku ada hikmah dan nikmatnya.
contohnya berak...walaupun ianya busuk,
tetapi korang dapat rasa nikmatnya selepas settle kan?
so, jangan dihina orang yang kentut tu.
kalau tak sakit la perut tu... kalau tak berak...
rosak la sistem pencernaan anda-anda ye...
amboi...lebih-lebih pulak analogi aku nih.

okey...jangan lah kamu jadi tidak keruan oleyh ayat ku ini.
memang diriku tidak tentu arah sudah kerana teringatkan rumah.
sampai nk buat petak untuk report pun diriku menyuruh presiden yang buat.
terima kasih ye ari! tanpa kau tak siap report aku.
pada sahabat handai yang kena tengking...maafkanlah aku... hehehe
lain kali jangan dikacau tebuan yang tak sabar nak balik rumah.
jadi kita jumpa time exam ye semua... aku study week kat rumah kejap.

p/s: good luck kengkawan!!!!

No comments:

Post a Comment