Friday, March 9, 2012

Nasi Kerabu Marvelous!


Assalamualaikum

Kebelakangan ni aku rasa rindu sangat nak balik rumah.
ye lah... kat rumah ada makanan best.
salah satunya NASI KERABU buatan ma aku. (ma-->mak)
seriously aku kempunan.
jom kita tengok apa lah rupa nasi kerabu kelantan aku nih.





tu dia! pergh! meleleh.




so, ada beza tak nasi kerabu aku ni dengan yang korang beli kat kedai tu?
mesti lah berbeza kan..

ye... nasi dia warna putih.
leceh la nak warna segala.
yang penting ulam, sambal dan budu yang diletak tu.

korang tahu tak?
sepatutnya budu yang diletak dalam nasi kerabu tu di masak.
sebab tu la nampak pekat.
yang ada kat pasar aku tengok cair je.
budu dalam botol je dia letak.
tak original langsung.hehehe
maybe penjual tu nak jimat masa.
ye lah, budu tu di masak dengan rempah-rempah lain
untuk menghilangkan bau dan menyedapkan lagi nasi kerabu tu.



budu tu nampak pekat kan.
tu lah memnunjukkan nasi kerabu yang marvelous!

untuk sambal plak, bukan nye kelapa goreng semata-mata tau.
kena campur dengan ikan segala.
hehehe... so nak yang sedap punyer? mari pakat gi ke Kelantan.
cewah! promote pulak.

bagi lauk pulak. ikut suka korang la nak letak apa.
pilihan hati masing-masing.

maybe korang nampak macam simple je nasi kerabu tu.
tapi sedap tau! [masakan ibu mesti sedap la kan]
ingat! yang penting dalam nasi kerabu adalah budu, sambal dan ulamnya.
nasi tu warna ape pun bukan faktor penting, tu pilihan last sekali.
kalau nasi tu biru pun, sama je rasanya dengan nasi putih.
bukan tambah ape pun, just warnakan je.


p/s: nasi kerabu kat KL mahal lorh. kat kelantan plak murah lagi sedap. nasib hidup kat bandar agaknya.

1 comment:

  1. follow here.. follow afiq k

    http://afiqyassin.blogspot.com/

    ReplyDelete