Wednesday, October 26, 2011

longkang oh longkang

debumm!!!
longkang!
HAHAHAHA!!!!


yup!.. aku jatuh dalam longkang hari ni...
malu kot... nasib baik tak de orang yg tengok...
jatuh saham aku  10 saat... hehehe


pagi tadi aku ada kelas dekat jabatn geologi...
berangan punyer pasal...
longkang le jawab nye...
habis luka...
masa aku jatuh si wani tu kat depan aku.
dia pun tak sedar yang aku jatuh dalam longkang kat tangga tu.
dengan kaki aku yang masih berada dalam longkang...


aku: wani~[suara berbisik]...
wani: eh... macam mana bley jatuh ni? 
          lebih kurang cam tu la ayat wani...
aku: wani... ada orang tak kat belakang?
         aku malu nak bangun...
wani: tak de pun...
aku: sure ni?
wani: ye....
aku: ok... sekarang baru bley aku bangun... hehehe...


aduh!!! berdarah kot! tapi tak kan la nak ponteng class sebab ni.
tahan je la kan... walaupun terasa pedih...
kena masuk class jugak r...
lepas lap luka dengan tissue... aku jalan macam tak de apa-apa.
hihihi... air muka kena jaga beb...
nasib baik kain baju kurung yang aku pakai tak koyak...
kalau tak... malu r wei!
hihihi...


so, pengajarannya... korang jangan ler berangan masa 
tengah jalan... kalau tak maybe kena langgar ke ape...
masyaAllah... nasib baik aku jatuh longkang je...


p/s: jangan! jangan! jangan! jangan! jangan! jangan! berangan masa tengah jalan k!

Thursday, October 20, 2011

RATU FRAME

"Ratu frame"... title ni aku nak bagi kat wani budak
coursemate aku merangkap housemate aku...

wani ni memang layak r pegang title ni... sebab dia tu suka
sangat frame(memerangkap) geng-geng kita org ni...
dia wat cam tu sebab terpengaruh dengan variety show kat korea la tu.
dalam show tu dia org suka kenakan members yg join show tu...
so, wani ni... akibat terpengaruh~
ada je benda yg dia buat untuk kenakan kami nih...
ada ke patut dia matching kan members dia yg baik ni...
uwekk!!! hihihi... termalu la kami ni...
krje framing ni dah berjangkit plak kat housemate aku yg lain...
huh! lagi haru aku nak menahan telinga...
si Ida yg baik hati lagi lembut tu pun dah start join wani to frame others...
xpatut betul!!!
nakal sungguh! bagi sup selipar buatan "Yani semangat" baru tahu.
mana tahu kalau lepas makan sup selipar boleh jd baik...
keh keh keh (gelak jahat)

("Yani semangat" tu gelaran utk coursemate ktorang... dia tu 
selalu je semangat dalam segala hal... suka jadi leader... always bossy and cakap
pun semangat gilerr~... memang tak sekepala ah!... hehehe..jokes ok...)

si wani tu, kalau tengok show tu tergelak terguling habis!!!
katanya untuk rawatan minda... kalau korang yg tension study bley r
nak try tgok show tu... 
tapi aku rasa maybe ramai yg dah tahu pasal show kat korea tu...
maklum lah... ni kan musim k-pop!!!

* running man... tu tajuk show ni...
show ni ala explorace tapi memang lawak giler ah!

so, kalau korang rasa nak tengok... cari sendiri kat youtube...
show ni dah ada english sub... pandai-pandai lew cari yerk~
untuk release tension memang sangat berguna lah.

k...daa... 
wassalam...

Sunday, October 16, 2011

JANGAN PERCAYA!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara...

okey... aku nak bercerita sikit pasal kawan lama aku ni..
seminggu yang lepas masa weekend ada X-classmate aku time matrik dulu call.
dia nak ajak aku keluar...
nama dia Intan(bukan nama sebenar).

actually bila si intan ni call aku, aku rasa terkejut la jugak..
ye la... apa hal la dia ni nak ajak aku keluar...
katanya nak makan-makan dengan aku...
pada hal aku dengan si intan ni bukannya rapat sangat.
at first aku menolak jugak la sebab aku busy nak siapkan assignment aku tu.
tapi si intan ni cakap petang pun bley jugak nak keluar...
nanti dia datang ambik aku naik kereta.
aku dengan intan ni lain university.
haishhh... kaya pula si intan ni ada kereta segala.
then intan cakap tu kereta kawan dia.
so, bila aku fikir yang maybe si intan ni saja je nak
eratkan hubungan kami ni... aku setuju je dengan cadangan dia.
dah dia bersungguh-sungguh nak jumpa aku... tak kan la nak menolak kan?

petang nya, intan sampai pada masa yang dijanjikan.
aku naik la kereta kawan dia ni.
semuanya perempuan... pakai baju kurung segala
aku berkenal-kenalan la dengan kawan-kawan si intan ni.
2 orang tu satu U dengan aku... tapi fakulti medic kot...
perghhh...segan aku ni... hehehhe
malu jugak aku... aku ni pakai sempoi je dengan jeans,t-shirt kolej & tudung.
aku tanya la intan, korang nak gi tempat kenduri ke???
intan jawab "x lah... nak gi makan-makan la ni".
okey... aku pun relax r skit.

lepas tu... kawan si intan pun drive...
dah nak sampai cheras gitu...
gilerrr!!! jauh betul mereka nak makan...
aku ingat dia nak makan dekat area U aku je...
lepas beberapa minit... aku nampak sign board tulis" bandar tasik selatan".
apa je yang ada kat sini??? pelik r intan ni...
then kawan si intan pun memberhentikan kereta dekat satu bangunan ni.
ramai sangat orang kat situ... kebanyakan daripada mereka pakai baju koprat.
naik heran aku.... tak kan la si intan ni nak bawak aku makan kat majlis orang.
aku tanya intan... tempat ape ni wei??? apa sal ko bawak aku kat sini...
di cakap... " ala... kawan dia yang ajak.. jom r masuk"
haishh... budak ni... aku rasa nak lepuk je kepala dia...
malu r aku... aku dah la tak pakai formal...
tapi aku ikut la si intan ni masuk... dia budak tudung labuh kot..
tak kan la dia nak wat apa-apa kot...
bila aku masuk bangunan tu... aku naik lif ke tingkat seterusnya.
perghh!!! ramai gila orang.. then... aku nampak kelibat senior kolej aku.
aku dah la hangin! dengan senior sekor tu...
aku pun masuk ke salah satu bilik... ramai orang jugak dalam tu...
rupa-rupanya ada ceramah... aku pun tak tahu apa la dia cakap...
dengar punya dengar... pasal duit rupanya... dia orang cakap pasal perniagaan...
ceh! ingat kan apa... bila la si intan ni nak blah... naik boring aku...
selang 5 minit... orang tu dah berhenti cakap... then di pecahkan beberapa kumpulan.

intan ajak aku duduk paling belakang... apa-apa je la intan ni..
perut aku dah lapar ni... lepas tu ada sorang budak laki berkemeja datang duduk depan aku.
dia kenalkan nama and umur dia . baya aku je kot.
lepas tu dia tanya nama aku, adik beradik dan kursus yang aku belajar kat u.
siot ah mamat ni... semua nak tanya ni apahal..
then bermula lah saat yang aku rasa nak lesing semua orang...
dia cakap pasal perniagaan yang dia join tu..
xboley r sebut kat sini... nanti ada orang panasss plak...
dia cakap dia budak UIA and kursus engineering.
aku ni dengan kursus yang aku ambik kat U tu... confirm ke dapat kerja.
dia tanya aku dapat ptptn ke jpa? aku ckp ptptn je...
lepas tu...dia cakap yang dia dapat jpa... tapi still join benda ni.
gaji dia dah sampai 5 angka.. nanti dapat tolong parents...
tak bersalah ke ambik ptptn tu??? kan tu duit rakyat...
apahal pulak la... dengan dia ni... aku dah naik hot...
dah la mamat ni memperendahkan course aku...
dia tanya aku nanti jadi apa bila dah habis belajar...
cikgu... tu je aku jawab... muka aku dah ketat gilerr... hot sungguh hati aku..
aku pandang je si intan... dia wat tak tahu je...
tempat apa yang dia bawak aku ni...

lepas mamat tu brainwash aku suruh join perniagaan tu...
datang plak kawan intan yang drive tadi...
dia tu tanya soalan yang sama je macam mamat 1st tadi...
dia cuba yakinkan aku suruh join... aku dah makin risau...
bila la aku boley blah ni...  budak tu cakap benda yang sama.
dia ambik farmasi dekat u aku dan tajaan jpa.
dia cakap ramai budak dari fakulti pengajian islam di U aku join benda ni..
entah betul ke tak... lama gila dia brainwash aku.. aku dah sakit kepala...
aku dia je...time dia cakap... yang aku tahu... modal nak join benda tu
anda kena bayar RM769... benda tu berkaitan dengan portal pendidikan...
banyak duit tu... mana nak cari... kalau aku nak free... aku kena cari dua orang
yang lain dalam masa 2 minggu untuk join benda tu... banyak lah lagi dia cakap pasal duit.
dia ingat aku ni mata duitan ke ah?!!! aku tak cakap pun nak join...
aku dah nak bangun dari kerusi... tapi datang la plak mamat yang pakai kot.
dia duduk depan aku... aku lagi panas...
dia pun cuba brainwash aku untuk join...tanya soalan yang sama.
 nama, umur, adik-beradik berapa, parents kerja apa...bla..bla..bla..
hati aku ni dah menggelegak....bila dia nak bagi aku keluar!!!!! mamat tu cakap...
"sebelum ni saya dah pernah jumpa orang yang lagi muka kerek dan lebih ketat daripada awak.
saya bukannya nak duit awak. kita ni sama-sama student tapi beza kita saya ada duit.
gaji saya 5 angka. awak tu ada duit ke?" haish... memang mamat ni nak makan sup selipar agak nya!
aku nak keluar daripada tempat tu!!! aku pandang intan... dalam hati aku...
please bawak aku keluar dari tempat ni...aku wat xdengar je time mamat tu cakap...
kepala aku berserabut gila... then mamat tu cakap lagi...
"saya tak paksa pun awak join. kami ni hanya membuka peluang kepada awak untuk join benda ni.
awak nak keluar kan??? saya tak nak pun duit awak. awak boleh keluar sekarang."
perghh!!! mata aku dah berair... hati lagi la panas...
aku bangun terus dari kerusi tu dan terus menuju ke pintu.
berdentum pintu dek rasa marah aku... apa nak jadi pun jadi lah.
aku tinggal intan macam tu je...samapai hati dia tipu aku...
ajak pergi makan...tapi bawak aku ke tempat entah apa-apa je...
dah la baru jumpa kot selepas setahun...

aku berjaya keluar dari bangunan tu... hari dah gelap... pukul 7 lebih gitu.
masa tu plak hujan... aku tak tahu nak pergi mana...
then aku nampak stesen minyak.. cepat-cepat aku lari menuju ke stesen tu.
then fiza housemate aku  mesej.. "ko kat mana wei?"
terus je aku call dia... dengan tersedu-sedan..." fiza.. tolong aku... bawak aku balik"
fiza dah panik... dia suruh aku cool dan suruh aku cepat-cepat pergi stesen minyak.
sampai kat stesen tu, aku masuk tandas... aku suruh fiza top-up kan..
kredit aku dah habis... lagi susah nak mintak tolong...
aku pusing je...intan dah ada kat situ... aku lagi la panas...
aku sembur dia terus... sampai hati dia tipu aku...
dia cakap nak hantar aku balik...lepas ni kalau aku dah tak nak ada apa-apa dengan dia pun takpe.
 tapi sebelum tu... dia still nak hantar aku balik..aku dah tak boley tengok muka dia.
aku rasa nak lempang je... aku suruh dia balik... pandai-pandai la aku...
aku dah tak percaya dah kat dia... lepas ni mana lagi dia nak bawak aku.
then ida housemate aku plak yang call. dia suruh aku pergi kaunter stesen minyak tu
dan tanya mana jalan paling dekat nak g ktm/lrt. dengan mata bengkak aku tanya la mamat dua
orang kat kaunter tu... mereka cakap jauh jugak la... kena lalu kawasan perumahan yang sunyi.
aku dah tak boleh fikir apa-apa dah. ida cakap... ko kena jadi berani sekarang.
then aku tahan teksi... aku suruh p.cik tu hantar aku kat stesen ktm...
naik teksi lagi selamat daripada aku jalan kaki... nasib baik aku bawak duit lebih...
lepas tu aku naik train ke midvalley then ambik teksi ke rumah aku.
aku bersyukur sangat bila sampai rumah... lepas tu aku n housemate aku keluar makan
dekat cafe yang berdekatan dengan rumah kita orang.. sesi bercerita plak dengan mereka.
lepas ni... aku akan lebih berwaspada bila kawan ajak keluar,
rupa-rupanya... ida housemate aku pun pernah kena.
tapi masa tu dia di sem 2 masa 1st year. dia pun kawan dia yang ajak
tapi dia malas nak cerita... sepupu ida yang laki pun kena jgak pada hari yang sama dengan ida.
ida cakap... lepas kejadian tu la dia jadi rapat dengan sepupu dia.
mereka sama-sama faham perasaan orang kena tipu tu.

aku sedih sangat bila si intan wat aku macam tu... kenapa orang yang
lemah lembut macam intan boleh tipu orang... dengan perwatakan dia
susah aku nak percaya dia jadi macam tu. mak bapak hantar U suruh belajar!
bukan cari duit dan tipu orang... masa jadi student ni belajar la betul-betul.
rezeki kita Allah yang tentukan. kita tak perlu persoalkan rezeki kita. belajar
dulu sampai habis... baru cari duit...
benda tu...banyak fokus kat student...
so, be careful everyone! kalau kawan yang tak rapat sangat ajak keluar,
baik tak payah...kalau nak keluar jugak... bawak kawan ramai-ramai.
 rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.

p/s: aku doakan intan(bukan nama sebenar) akan sedar suatu hari nanti. halal ke duit tu kalau dah tipu orang??? ko cakap je halal... tapi fikir la betul-betul... Wassalam...