Saturday, September 24, 2011

TAK CUKUP!!!

tak cukup! itu lah yang menggambarkan sifat manusia.
manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang ada...
termasuk lah diri aku ni....
sepatutnya kita  ni sentiasa bersyukur la kan.

hidup sebagai student ni banyak dugaan nya.
kena lah pandai-pandai bajet kan?
godaan pun banyak.... ye la... godaan nak buang duit~
entah la wey...

sebagai nasihat ... termasuklah untuk diri aku sendiri...
just utamakan keperluan dari kehendak...
masalah nya kalau perempuan ni, banyak la pulak kehendaknya.
haish....
kalau lah ada yang merasa diri tu macam tak cukup jew..
just fikirkan orang lain yang berlambak kat luar sana yang
kurang bernasib baik lagi dari diri kita...

aku bukan nya apa. aku ada la kenal sorang ni.
nak kata loaded pun tak jugak.
tapi dia ni suka sangat lepak dengan budak2 loaded.
kawan aku cakap parents dia ni kerja biasa2 je.
entah la... maybe dia guna duit biasiswa dia kot untuk beli benda2
yang menjadi kehendak nya tu...
manusia... manusia....

bak kata pepatah, entah sape yang cakap~
hidup ni ibarat roda.. hari ni kita senang dan mugkin esok kita susah.
tapi kalau hidup sebagai student ni susah...
insyaAllah segala ilmu yang dipelajari itu akan membantu kita kelak.
tak perlulah nak tunjuk kita ni kaya sebab nak pikat awek ke apa.
bersederhanalah... itu lebih baik...
biasanya orang yang bersusah payah masa belajar ni,
hidup nya akan lebih senang nanti...
tak perlu lah risau kalau kita ni nampak tak berkemampuan...
tapi hati manusia kan ada keinginan untuk jadi macam orang lain.
masa tu, kuat kan tekad untuk lebih berjaya.
moga-moga entry ni menjadi ingatan dan sempadan untuk diri aku sendiri juga la kan.

p/s: hehehe... masa2 wekeend ni la nak muhasabah diri. hati manusia akan menjadi bersih jika selalu di muhasabah termasuk lah ingatan kepada Pencipta yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment