Saturday, January 22, 2011

(^_^) BUDAK SENGET (^_^) [part 1]


Kehidupan remaja…
Sungguh indah, sungguh manis tapi kadang-kadang tu ada jugak yang pahit macam Panadol...
Dan ia adalah saat yang aku paling tak akan lupakan sepanjang hidup aku. Banyak perkara yang melucukan, menggembirakan dan menyedihkan  yang telah aku lakukan bersama kawan-kawan tercinta aku. Tapi apa yang paling penting ialah, aku dan kawan-kawan aku sentiasa bahagia.
Hmmm… “kawan-kawan”.
Aku ada begitu banyak cerita tentang hidup aku bersama kawan-kawan aku semasa kami di alam persekolahan. Terlebih dahulu ingin aku maklumkan di sini kami semua budak-budak HOSTEL!!! Kebanyakan masa aku dihabiskan dengan kawan-kawan, memanglah begitu sebab dah namanya budak-budak HOSTEL... Aku memang jarang-jarang balik rumah. Adalah dalam 2 minggu sekali… kadang-kadang tu sebulan sekali. Tapi bila dah masuk universiti ni, ak balik 2bulan sekali je. 
Sebelum tu, aku perkenalkan nickname kawan2 aku
[mira, dayah, mc yam, anis, zura, zaima, butin(nama lain fatin), iera, ayu, ila dan rosma] nama aku xyah la cakap...


sekarang ni~ bermulalah  cerita senget aku dan kawan-kawan  di zaman persekolahan kami...

Aku mulakan dengan menengah atas [F0rm 4]. Bukannya tak ada cerita menarik ketika menengah rendah. Tapi aku malas nak cerita. Kisah tu kebudak-budakan sangat. Larat ke korang nk baca nanti??? Hahahahah…(padahal aku dh x ingat) huhuhu

Ok lah…aku mulakan kisah kita orang sekarang. 
Nama yang dipanggil oleh warden kami ialah Geng 12!
Hahaha!!! Bunyi nye macam penjahat kan?
Aku mulakan dengan pendaftaran masuk ke hostel bagi tahun 2007 (time ni dah masuk form 4 la). Heheheheh…
Bila aku nak daftar ketua warden cakap aku tak layak untuk tinggal di hostel.
Hishhhh… apa kes? Apa plak salah aku kali ni? Hmmm… warden tu cakap bilik aku yang tahun lepas tak kemas. Ah!!!! Ape plak???! Aku balik dulu tau! Masa tu aku form 3 dan aku balik awal dari budak-budak lain. Sah lah bukan salah aku! (baca kuat2 sbb tgh emo ni) Tahulah tak suka kan aku. Tapi jangan la buat lawak time saat-saat genting macam ni… rasa nak nangis pun ada… tapi sabar… aku kena tunjuk yang aku kuat. So, untuk menyelesaikannya, aku kena buat surat rayuan kat situ jugak. Tulis tangan la... apa lagi??? Bila nak submit plak, dia suruh baca depan-depan dia dengan budak-budak lain skali dengar. huhuhu...Malu aku malu (T_T). Sebab nak duduk hostel punyer pasal buat lah jugak... Selepas warden tu berpuas hati, barulah aku diberi no bilik. Bilik aku dekat tingkat 2. Okey lah dari dapat tingkat paling atas!  Bila masuk bilik plak… JENG…JENG…JENG…!!! Argh!!!!! Aku sebilik dengan REPORTER HOSTEL !!!  Dah la tiga-tiga orang sebilik dengan aku! Macam mana nak wat jahat lepas ni? Adoih!!! spoil la!
Aish… nasib baik ada Dayah kawan aku. Bleh wat geng nak lawan budak tiga orang tu. Haishhh… tensyion betul! Ok… tapi time ni kitaorang tak gaduh teruk lagi. Kira kosong-kosong la. Dah form 4 la katakan…. Perasan matured la konon2 nye…hahahahah!!!
Ok memandang kan sekolah kitaorang ni pure sains, kami semua pun kena belajar sains la…. Kalau tak suka sains… TUKAR SEKOLAH!!! Ayat seorang cikgu ni la… hihihihi…

Ketua warden kita orang ni memang sangat perihatin tentang pelajaran budak2 hostel. Walaupun dia garang dan kadang-kadang kejam, tapi semua tu untuk kebaikan kami semua. Ketua warden ni sebenarnya seorang perempuan yerk… memandangkan kimia,fizik dan biology adalah mata pelajaran yang agak baru bagi kami, ketua warden ni ambik inesiatif buat extra class untuk budak-budak hostel. Senarai subjek untuk extra class ialah math,( ni conform selalu ada)  sebab cikgu math tu adalah salah seorang warden yang agak digeruni di kalangan budak2 hostel. Bila jumpa dia kami selalu lari…hihihihi… warden ni pun pun perempuan k.
Subjek seterusnya ialah kimia. Yang mengajarnya ialah cikgu laki. Cikgu ni memang best dan sangat cool. Prinsipnya dalam kelas yang aku faham"awak boleh tidur dalam kelas asalkan tak mengganggu kawan-kawan yang lain". Hahaha!!! ni yang aku suka ni. Aku rasa cikgu kimia tu cakap macam tu sebab student dia suka buat bising dalam kelas kot.  Satu lagi add math. Yang ni memang aku lemah.. aku je la… sesetengah kawan-kawan aku yang lain ok je dengan add math ni. untuk subjek fizik dan biology plak… 
hmmm… Aku kurang pasti la... senang2 xpayah cerita la pasal tu.

Sekarang ni, aku akan citer tentang detik2 dimana nama GEng 12 diberikan kepada kami ni. Time tu extra class untuk kimia. Boring jugak la belajar kimia bagi yang kurang faham macam aku ni. Time tu cikgu kimia( ak pnggil ckgu K je la) ajar tentang konsep-konsep atom. So, dia terangkan pasal sedozen mewakili 12… tu hanya lah analogi untuk menerang kan  berat atom tu. Tiba-tiba zaima ni cakap kita ni kira sedozen la kan? Time tu kami semua 12 orang duduk 1 meja. Memang betul cukup sedozen la. kami semua gelak sakan sebab tak sangka cukup sedozen, ye lah sebelum ni mana pernah kira, main kawan je semua. Bak kata pepatah "berkawan biar 1000 bercinta hanya 1". cewwah!!!Kita orang ni bila berkumpul memang suka sangat gelak, dan lagi kami ni kadang-kadang buat benda-benda merapu je. Habis je extra class tu kami semua masuk kawasan hostel dan masih lagi cakap pasal sedozen ni. Dan biasalah…ada senior terdengar, terus dia buat citer yang kami dah buat geng. Masa tu kami tak tahu apa2 lagi…

Nak dijadikan cerita, petang tu lepas riadah, ak lepak dekat pondok tv. Tiba-tiba ketua warden panggil aku. Haishhh! terkejut jugak aku. Apa lah plak salah aku kali ni. Nak tak nak kena pergi jugak. Ketua warden arahkan aku macam ni “ panggil semua geng 12 awak!”. Geng 12???? Sape? Aku kenal ke? Tergaru-garu kepala aku yang tak gatal tu.Pelik betul… aku panggil kawan-kawan aku, Tanya lah diorang kalau ada kenal dengan geng ni. Tak ada yang kenal pun. Aku tanya lah ketua warden skali lagi sape yang dipanggilnya? Then dia cakap "panggil semua kawan-kawan awak".  Semua kawan aku terkejut bila diberitahu ketua warden nak jumpa dengan kami semua. Semua orang wat muka hairan depan ketua warden tu. Apa hal la plak kali ni. Ketua warden diam je sambil pandang kami semua... lepas tu senyum... Haishh! ni lagi menakutkan. Lepas tu, dengan selamba nya dia cakap “owh…. Ni la dia geng 12? saja je saya panggil... Nak kenal la dengan geng 12 yang bunyi macam besar sangat!” Aik??? Bila masa kami tubuhkan geng macam tu? Semua berpandangan sesama sendiri. Berkerut-kerut muka kami. blur la!… apa lagi…???? 

p/s:cerita seterusnya aku sambung lain kali lah ye... dah penat menaip ni. untuk kawan-kawan ku, aku akan citer pasal korang dalam entry yang seterusnya... sabar ye...

Thursday, January 20, 2011

Lets begin!!!

Salam perkenalan kepada ' blogger world'... Aku masih lagi baru dalam 'blogger world' ni...
Aku akan cuba sebaik mungkin untuk jadi blogger terbaik... cewwah!!!! Semua ni wani punya pasal la! (kawan aku dekat u) Pasal dia la aku wat blog ni... Agak-agak aku terpengaruh kot... huhuhu... Wat blog ni nampak cam best je... So, aku try lerrr... Memandangkan aku masih lagi baru pasal benda ni, so sila beri tunjuk ajar kat aku k...Aku ingat lepas ni aku nak citer pasal zaman skolah aku la... Banyak sungguh kenangan manis dan pahit kat skolah dulu. Tapi... banyak benda nak kena tapis ni... So, nanti kan lah...
Kepada kawan-kawan aku yang disayangi, lepas ni kalau aku tercerita apa-apa pasal korang harap-harap dimaafkanlah yerrrkkk! wassalam...